Infaq UniSZA

Demi faedah insan

JOM SERTAI KAMI

PENDEKATAN KAMI

Teknologi

Dengan memanfaatkan pendanaan awam berasaskan platform atas talian, kami berupaya memperluaskan capaian kempen-kempen ini kepada masyarakat. Usaha ini membolehkan lebih ramai pihak turut serta dalam menyokong inisiatif kebaikan, khususnya dalam memperkasa pembangunan ilmu serta menjaga kebajikan para pelajar.

Ketelusan

Pelantar Infaq UniSZA bercirikan kempen masa nyata (real-time), yang memberi peluang kepada para pendana untuk melihat sendiri aliran dana yang masuk serta jumlah yang terkumpul secara langsung. Setiap kempen turut diperincikan dengan jelas bagi memastikan tahap ketelusan yang tinggi, sekali gus meningkatkan keyakinan para pendana untuk terus menyumbang dan bersama-sama menjayakan inisiatif ini.

Amanah

Keyakinan bukanlah sesuatu yang mudah dibina; ia boleh runtuh dalam sekelip mata, namun memulihkannya memerlukan tempoh yang panjang. Setiap dana yang disalurkan merupakan satu amanah kepada pemilik kempen. Justeru, pelantar Infaq UniSZA menitikberatkan nilai amanah dan tanggungjawab dalam kalangan penggerak kempen, bagi memastikan setiap sumbangan digunakan tepat seperti yang dijanjikan.

SOALAN LAZIM INFAQ UniSZA

Infaq UniSZA merupakan pelantar crowdfunding (pendanaan awam) atas talian bertujuan merealisasikan aktiviti ilmu dan kebajikan dalam kalangan warga universiti. Konsep yang digunakan adalah infaq iaitu sumbangan ikhlas daripada para pendana yang budiman.
Ya, benar bahawa universiti awam menerima pembiayaan daripada kerajaan. Namun begitu, trend semasa menunjukkan bahawa peruntukan tersebut semakin berkurang dari tahun ke tahun. Secara realitinya, dana kerajaan kebiasaannya hanya menampung sekitar 70–80% daripada keseluruhan perbelanjaan universiti, dan lebih tertumpu kepada kos pengurusan serta operasi asas. Sumber pembiayaan alternatif menjadi semakin penting, khususnya untuk menyokong aktiviti kebajikan pelajar, pembangunan ilmu, serta program tambahan yang tidak dibiayai secara langsung oleh kerajaan. Infaq UniSZA berperanan sebagai platform yang menghubungkan masyarakat dengan universiti, membuka ruang kepada individu, korporat, dan institusi untuk turut sama menyumbang dalam memperkasa pendidikan serta menjaga kebajikan pelajar, sekali gus memastikan kelangsungan pembangunan ilmu dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh.
Pendanaan ramai merupakan usaha pengumpulan dana yang melibatkan orang ramai. Contohnya, jika sesuatu projek itu dapat meyakinkan 1,000 orang untuk menderma RM10 setiap seorang, RM10,000 akan berjaya dikumpulkan untuk projek tersebut.
Infaq UniSZA beroperasi di bawah tadbir urus universiti awam yang menitikberatkan ketelusan dan akauntabiliti. Setiap kempen akan melalui proses saringan oleh Pejabat Wakaf dan Endowmen. Apabila sasaran dana dicapai, permohonan pengeluaran akan diproses melalui Bendahari universiti mengikut prosedur yang ditetapkan. Memandangkan semua kempen berada di bawah seliaan universiti, setiap penggerak turut dipantau bagi memastikan pelaksanaan berjalan dengan teratur serta selaras dengan tujuan yang telah ditetapkan.
Infaq UniSZA menyediakan beberapa konsep sumbangan. Ini termasuklah wakalah zakat, wakaf, infaq dan endowmen bergantung pada hasrat pendana. Wakalah zakat disalurkan khusus kepada golongan asnaf bagi memenuhi keperluan asas seperti sara hidup dan penyediaan peralatan pembelajaran seperti komputer riba. Wakaf pula diperuntukkan untuk pembangunan aset berkekalan yang memberi manfaat jangka panjang, seperti pembinaan asrama, kemudahan dobi dan laluan pejalan kaki. Infaq bersifat lebih fleksibel dan digunakan untuk menyokong pelbagai aktiviti serta projek kebajikan. Endowmen pula difokuskan kepada pembiayaan penyelidikan dan pembangunan ilmu.
Secara amnya, kempen Infaq UniSZA adalah di bawah s.s 44(6) pelepasan cukai LHDN. Untuk tujuan ini, penderma mesti menanda kotak yang disediakan kemudian kami akan memberikan resit pelepasan cukai LHDN kepada penderma pada akhir tahun.