
Masjid UniSZA sentiasa komited dalam menganjurkan program-program kebajikan dan pengimarahan masjid bagi memberi khidmat kepada komuniti, staf serta pelajar UniSZA.
Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Masjid UniSZA menganjurkan Program Infaq Agihan Lauk Ramadan sebagai usaha membantu warga kampus membuat persiapan berbuka puasa, khususnya dalam kalangan pelajar dan komuniti yang memerlukan.
Program ini melibatkan penyediaan dan agihan lauk berbuka puasa pada setiap hari bekerja sepanjang Ramadan 2026 bertempat di Dapur Masjid UniSZA.
Sumbangan infaq akan digunakan bagi:
Firman Allah SWT:
“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah: 261)
Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibu bapanya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Marilah bersama-sama menyokong Kempen Infaq Agihan Lauk Ramadan Masjid UniSZA.
Semoga setiap sumbangan menjadi asbab keberkatan dan rahmat Allah SWT dalam kehidupan kita